Monday, March 7, 2011

Revolusi : Kebangkitan yang ditunggu-tunggu









Dunia hari ini dikejutkan dengan kebangkitan rakyat terutamanya pemuda-pemuda dalam menjatuhkan pemerintah yang ternyata zalim terhadap rakyatnya. Dari Tunisia bermulanya kebangkitan pemuda-pemuda ini diikuti oleh Mesir dan sekarang pula saudara kita di Libya sedang meniti detik-detik sukar dalam perjuangan menghadapi pemerintahnya iaitu Muammar Ghaddafi. Kalau hendak diceritakan satu persatu mungkin ramai yang telah mengetahuinya melalui media massa dan juga media elektronik.


Oleh itu, saya timbulkan satu persoalan untuk anda semua. Siapakah pemuda-pemuda ini yang bangkit menjatuhkan pemerintah mereka? Siapakah mereka? Jawapannya hanyalah satu, mereka semua ini adalah pemuda-pemuda bangsa Arab dan menganut agama Islam! Ya, mereka adalah sebangsa dan seagama tetapi dipisahkan dengan sempadan tanah yang menyebabkan perpaduan sesama mereka susah untuk dikecapi.

Semua ini hasil taktikal penjajah-penjajah Barat yang memisahkan mereka semua mengikut sempadan negara bagi menghalang perpaduan mereka ini. Terserlah betapa takutnya Barat yang ditunjangi Amerika dan sekutu kuatnya Israel melihat kebangkitan muda-mudi ini dalam menuntut hak mereka.

Dahulu mereka semua bersuka ria dengan mengaut hasil kekayaan dari Tanah Arab terutamanya hasil cari gali petroleum yang ternyata nadi kewangan pemerintah-pemerintah Arab. Dengan dibantu sekutu kuat dari Barat, rakyat ditindas sehingga terpaksa hidup melarat sedangkan pemerintah mereka hidup dalam kesenangan menikmati apa yang diusahakan oleh rakyat mereka.

Namun kesenangan mereka ini ternyata tidak akan bertahan lama apabila rakyat makin menyedari bahawa mereka juga ada hak untuk suara mereka didengari sehingga terciptanya revolusi ini. Revolusi dalam menuntut hak sebagai seorang rakyat untuk menerima layanan daripada pemerintah yang adil bukannya secara zalim dan diktator. Hak yang selama ini cuba disembunyikan oleh pemerintah-pemerintah Arab yang tunduk kepada kuasa Barat.

Teringat pula kata-kata Syeikh Yusuf Al-Qardawi dalam khutbah pertamanya di Landasan Tahrir, Mesir,



I harbor the hope, that just like Allah had allowed me to witness the triumph of Egypt,
He will allow me to witness the conquest of the Al-Aqsa Mosque
and will enable me to preach in the Al-Aqsa Mosque”
“Oh Allah, allow us to preach in Al-Aqsa Mosque”
“Allow us to enter Al-Aqsa Mosque safely”
“Allow us to enter Al-Aqsa Mosque without fear”
“Accomplish this complete victory for us”
“Oh the sons of Palestine, rest assured that you’ll be victorious – Ameen!”



Syeikh Yusuf Al-Qardhawi merupakan ulama’ Islam yang dalam pelarian hampir 30 tahun apabila beliau diusir keluar dari tanah airnya sendiri iaitu Mesir dan kemudiannya menetap di Qatar. Kini tindakan beliau kembali ke Mesir dan mengimamkan solat Jumaat di Tahrir Square yang disertai oleh berjuta-juta umat Islam sememangnya mengejutkan barat terutamanya Amerika dan Israel. Sememangnya inilah yang digeruni oleh barat – apabila umat Islam mula bersatu kembali.

Tunisia dan Mesir telahpun bebas daripada cengkaman diktator yang berkiblatkan Barat, Libya pula sedang berusaha membebaskan diri mereka daripada kerakusan Regim Gaddafi. Dan tidak mustahil doa dari Syeikh Yusuf Al-Qardhawi ini akan termakbul. Sempadan Rafah bakal dibuka untuk dunia terutamanya umat Islam masuk untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin.

Lembaran itu telahpun bermula, sejarah bakal diukir dengan kejayaan dan ia telah pun dikisahkan lama dahulu di mana pada akhir zaman nanti umat Islam akan bangkit bersatu padu untuk menegakkan Islam di dunia ini. YA! Kita sememangnya umat akhir zaman atau adakah kita cuba menyembunyikan fakta sebenar ini? Fikir-fikirkanlah.
-Revolusi : Suatu Kebangkitan-

No comments: