Wednesday, March 16, 2011

Apa perasaan anda apabila Ex anda jadi PM?haha

 Gambar ini tiada kaitan dengan entri ini.Sekadar hiasan.haha

"Macam pernah aku tengok muka dia ni."

"Ehh,ex boyfriend aku.Alamak,makin hensem la dia ni.Dah jadi Perdana Menteri rupanya."

Then korang pun buat story mory dengan cucu korang.

"Cu,ini lah ex boyfriend nenek dulu.Jangan bagi tahu atok tau"

Kah kah kah kah kah

Sekadar imaginasi tahap dewa paling tinggi.Cuba korang bayang kan,ex boyfriend atau girlfriend kau jadi Perdana Menteri.Ini mungkin reaksi anda semua:

"Menyesal aku  putus dengan dia.Dulu dia terhegeh hegeh nak sangat dgn aku.Sekarang,aku pulak melukut di tepi gantang"

"Dulu tak la secomel sekarang.Suami pun muka macam tong sampah.Rugi aku tolak cinta dia."

"Nak nangis.Dulu dia tak de pape.Sekarang dia dah ada Putrajaya.Sob Sob Sob."

Bak kata orang kita tak tahu masa depan seseorang itu.Kalau kita bersama dengan seseorang,lebih lebih lagi time dia berjaya,mungkin kita dianggap orang paling bertuah kerana mendapat dia.Mungkin persoalan ini tidak.Kerana harta bukan segala galanya dan hati merupakan penawar paling hebat dalam hidup berpasangan.Walaupun kau dah kahwin dalam suasana yang bahagia dan melihat ex pakwe atau makwe kau berjaya,kau sepatutnya bersyukur.Bersyukur kerana mendapat suami atau isteri yang dapat membahagiakan kau.

Syukur.Itu perasaan sepatutnya.Okbai.Thanks.

p/s:Terkini keadaan di Jepun

Monday, March 14, 2011

Tahu tak apa beza antara cacing dan arak?

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang  begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya  minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..  

"Cuba perhatikan murid murid.. lihat bagaimana cikgu akan memasukkan cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan  masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."

Semua mata tertumpu pada kedua dua ekor cacing itu.Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral  itu berenang berenang di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak anak  muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??"

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,
"UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK..."

cikgu: laaaaaaaaaaa....kesitu pulak kamu, salah tuuuuuuuu....adus.......

Saturday, March 12, 2011

Wanita-Golongan Yang Sempurna.

permulaan kepada penggiatan yang lebih aktif ke arah berbl0ging.
baiklah.ayuh Geng Hitam.kita sama2 menjana Realiti Hitam ke arah yang lebih mantap.

dewasa ini,
para remaja d kejutkan dengan macam2 budaya.budaya yang entah datang dari mana.yang 



ku fikir ianya,......
baiklah,lupakan ape yang ingin ku katakan.




cara pemakaian tudung.
perlukah anda menampakkan 'b0ngg0l unta'?.
adakah ianya nampak cantik di mata anda?.mungkin bagi anda.
saya,sebagai kaum Hawa,terasa terpanggil untuk katakan akan hal ini.mungkin ade segelintir kaum Hawa yang tidak senang mendengar hal ini keluar dari taipan saya kerana saya jua kaum Hawa..
haaaaa.sebab ak kaum Hawa la ak nak gtaw k0rang.ak sayang k0rang.
Tuhan sayang kita.Tuhan cipta kita sebagai kaum Hawa,kaum yang lembut.kaum yang ayu.kaum yang cantik.kaum yang amat menarik terutama d mata2 lelaki.kaum yang sempurna.udah2la nk tunjuk lebih sempurna.kita nie da mmg sempurna.tak caye,tanye laki,d0rang mmg jeles nye ngan kita nie.kita kan ayu.d0rang mne b0le ayu2 nie.kang laen jadinya.


namun,
perlu ke kita tunjuk semua yang kita ada untuk tatapan semua lelaki?.da tunjuk sume skarang nie,seks0k da kawen,laki kite cane?.
sian d0rang kan.


ini lah realiti.saya di sini berkata akan yang benar.bukan diskriminasi.
saya bukanlah se0rang muslimah sejati untuk menasihati anda semua.ini jua amat di tujukan kepada diri saya sendiri.



“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.”
(Riwayat Muslim).



dah jelas bukan?.
sama2 kita muhasabah diri untuk ke arah yang lebih baik.
nauzubillah.
m0ga kita sebagai kaum Hawa dapat menjaga kesempurnaan yang d kurniakan kepada kita dengan sempurna.m0ge kite lebih terjaga di bawah lindungan-NYA.
amiin..



..laki semua mata keranjang.yg tetutup pon d0rang kacau.apatah lagy yang terbukak.pendek kata,laki xb0le d percayai la sis..
walau xsume?.erh.wat ever!










Tuesday, March 8, 2011

Perempuan mulut muncung.


 Secara realitinya,mengapa perempuan suka melakukan aksi mulut muncung?Adakah aksi ini menggoda?Bagi aku tidak.Gaya perempuan  mata bulat lebih mengatasi gaya perempuan mulut muncung.Gaya mulut muncung juga dikenali sebagai gaya camwhore.Dalam Facebook aku,hampir 50% rakan rakan wanita aku membuat aksi camwhore tersebut.Nak goda aku leteww.Haram jadah aku takkan tergoda.Gampang.

Camwhore juga menjadi suatu fenomena di Malaysia.Bukan sahaja di Facebook,malah di blog dan laman sosial yang lain.Aku juga baru mengenal term camwhore ini.Aku cuba untuk menggunakan google translate sebagai medium bahasa.


Cam=Kamera
Whore=Sundal
CamWhore=Kamerea Sundal.
What the Hell!!?
LOL


Perempuan muncung ini aku lebih suka panggil sebagai perempuan itik.Jangan tanya aku kenapa.Kalau dalam album Facebook,mesti album itu diberi tajuk "Me :)" atau "me,and myself" dan sebagainya.Terasa Ke?Dalam satu album,penuh dengan muka mulut muncung.Nak tengok pun sakit hati.Bukan hati je sakit,mata pun boleh buta tau.Asyik asyik posing yang sama.Ini lah dikatakan pesen budak zaman sekarang.Zaman mak diorang mungkin buat aksi cubit pipi kot.Bila anak dah besar,mak diorang memperturunkan ilmu gaya muncungkan mulut.


Demm Yu.


p/s:Tips Mempekuatkan daya Ingatan.

Monday, March 7, 2011

Entri Permulaan buat Realiti Hitam.


Nampak mulut merah di atas.Macam nak gigit je taw.Jahanam

Tertubuh jugak Realiti Hitam yang bakal ditulis oleh 5 orang penulis blog amatur.Bakal meningkat.InsyaAllah.
Matlamat belum ditetapkan lagi.Kita tengok dua tiga minggu lagi bagaimana hasilnya.

Apa punya cilake blog ni.Matlamat pun takde.Okbai.

Revolusi : Kebangkitan yang ditunggu-tunggu









Dunia hari ini dikejutkan dengan kebangkitan rakyat terutamanya pemuda-pemuda dalam menjatuhkan pemerintah yang ternyata zalim terhadap rakyatnya. Dari Tunisia bermulanya kebangkitan pemuda-pemuda ini diikuti oleh Mesir dan sekarang pula saudara kita di Libya sedang meniti detik-detik sukar dalam perjuangan menghadapi pemerintahnya iaitu Muammar Ghaddafi. Kalau hendak diceritakan satu persatu mungkin ramai yang telah mengetahuinya melalui media massa dan juga media elektronik.


Oleh itu, saya timbulkan satu persoalan untuk anda semua. Siapakah pemuda-pemuda ini yang bangkit menjatuhkan pemerintah mereka? Siapakah mereka? Jawapannya hanyalah satu, mereka semua ini adalah pemuda-pemuda bangsa Arab dan menganut agama Islam! Ya, mereka adalah sebangsa dan seagama tetapi dipisahkan dengan sempadan tanah yang menyebabkan perpaduan sesama mereka susah untuk dikecapi.

Semua ini hasil taktikal penjajah-penjajah Barat yang memisahkan mereka semua mengikut sempadan negara bagi menghalang perpaduan mereka ini. Terserlah betapa takutnya Barat yang ditunjangi Amerika dan sekutu kuatnya Israel melihat kebangkitan muda-mudi ini dalam menuntut hak mereka.

Dahulu mereka semua bersuka ria dengan mengaut hasil kekayaan dari Tanah Arab terutamanya hasil cari gali petroleum yang ternyata nadi kewangan pemerintah-pemerintah Arab. Dengan dibantu sekutu kuat dari Barat, rakyat ditindas sehingga terpaksa hidup melarat sedangkan pemerintah mereka hidup dalam kesenangan menikmati apa yang diusahakan oleh rakyat mereka.

Namun kesenangan mereka ini ternyata tidak akan bertahan lama apabila rakyat makin menyedari bahawa mereka juga ada hak untuk suara mereka didengari sehingga terciptanya revolusi ini. Revolusi dalam menuntut hak sebagai seorang rakyat untuk menerima layanan daripada pemerintah yang adil bukannya secara zalim dan diktator. Hak yang selama ini cuba disembunyikan oleh pemerintah-pemerintah Arab yang tunduk kepada kuasa Barat.

Teringat pula kata-kata Syeikh Yusuf Al-Qardawi dalam khutbah pertamanya di Landasan Tahrir, Mesir,



I harbor the hope, that just like Allah had allowed me to witness the triumph of Egypt,
He will allow me to witness the conquest of the Al-Aqsa Mosque
and will enable me to preach in the Al-Aqsa Mosque”
“Oh Allah, allow us to preach in Al-Aqsa Mosque”
“Allow us to enter Al-Aqsa Mosque safely”
“Allow us to enter Al-Aqsa Mosque without fear”
“Accomplish this complete victory for us”
“Oh the sons of Palestine, rest assured that you’ll be victorious – Ameen!”



Syeikh Yusuf Al-Qardhawi merupakan ulama’ Islam yang dalam pelarian hampir 30 tahun apabila beliau diusir keluar dari tanah airnya sendiri iaitu Mesir dan kemudiannya menetap di Qatar. Kini tindakan beliau kembali ke Mesir dan mengimamkan solat Jumaat di Tahrir Square yang disertai oleh berjuta-juta umat Islam sememangnya mengejutkan barat terutamanya Amerika dan Israel. Sememangnya inilah yang digeruni oleh barat – apabila umat Islam mula bersatu kembali.

Tunisia dan Mesir telahpun bebas daripada cengkaman diktator yang berkiblatkan Barat, Libya pula sedang berusaha membebaskan diri mereka daripada kerakusan Regim Gaddafi. Dan tidak mustahil doa dari Syeikh Yusuf Al-Qardhawi ini akan termakbul. Sempadan Rafah bakal dibuka untuk dunia terutamanya umat Islam masuk untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin.

Lembaran itu telahpun bermula, sejarah bakal diukir dengan kejayaan dan ia telah pun dikisahkan lama dahulu di mana pada akhir zaman nanti umat Islam akan bangkit bersatu padu untuk menegakkan Islam di dunia ini. YA! Kita sememangnya umat akhir zaman atau adakah kita cuba menyembunyikan fakta sebenar ini? Fikir-fikirkanlah.
-Revolusi : Suatu Kebangkitan-